Monday, October 19, 2009



ISU – ISU NEGARA ISLAM.

TEORI KEPIMPINAN ULAMA DAN TANGGUNGKAWAB KERAJAAN.

Kepimpinan negara Islam adalah terdiri daripada barisan para ulama yang berkemampuan dan memenuhi syarat kelayakan menurut konsep kepimpinan Islam.Model ini adalah satu lanjutan daripada sistem pemerintahan Islam pada zaman awal Islam. Haji Harun Taib menyebut:

"Ia merupakan kerajaan yang dipandu oleh para Ulama. Hal ini adalah di dapati daripada beberapa rumusan yang dibuat oleh cendikiawan Islam yang mengatakan bahawa mengetahui syariat Islam sampai kepada peringkat ijtihad adalah salah satu daripada syarat-syarat kelayakan untuk menjadi ketua negara, perdana menteri dan hakim di dalam negara Islam.

Beliau menambah lagi bahawa penglibatan para ulama pada zaman Rasulullah s.a.w dan khulafa al-Rasyidin bukan sekadar dalam bidang politik sahaja, malahan menjadi tonggak kepada kepimpinan negara. Sebab itu beliau menegaskan:

"Golongan ulama bukan sekadar menjadi penasihat kepada negara atau kerajaan, tetapi mereka adalah pemegang polisi dan pelaksana kepada dasar negara" (Model Kerajaan Islam h 43)
Perkara ini dibangkitkan kerana kedudukan ulama dipinggirkan terus dari institusi kuasa dan pemerintahan dalam sistem sekular, sebaliknya ulama hanya diberi peranan sebagai penasihat agama yang jauh lebih rendah kedudukannya darripada penasihat undang-undang moden. Akhirnya ulama' sendiri berpecah belah sesama mereka.

Dalam konteks ini Haji Abd Hadi merujuk kepada Firman Allah dalam surah al-haj ayat 41 yang menggariskan ciri-ciri asas kepimpinan islam bagi negara Islam, iaitu: (Konsep Negara Islam, h. 38-39)

1. Mendirikan sembahyang dengannya berlakulah hubungan yang kuat di antara masyarakat Islam dengan Allah

2. Memberi zakat, dengannya diberi perhatian kepada masalah ekonomi dan pembahagiannya yang adil
3. Menyuruh yang makruf, menyebarkan kebaikan dan melakukan islah dalam masyarakat
4. Mencegah kemungkaran, memerangi segala bentuk kejahatan, penyelewengan, kezaliman dan maksiat. Beliau menambah: "Pemerintah yang begitu rupa memerlukan orang yang benar-benar layak, adil dan soleh, mempunyai persediaan ilmu, amal dan peribadi yang mulia.

No comments:

Post a Comment